Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Thursday, July 17, 2008

Perpindahan Kami Ke Forum

Pengumuman.....

Saya Admin Starhunter ingin membuat 1 pengumuman:-

- Mohdownload.blogspot.com akan bertukar kepada blog lain yang akan ditentukan selepas ini.
- Semua isi kandungan blog ini akan dipindahkan ke forum kami yang baru sahaja dilancarkan.
Oleh itu, kepada semua pengunjung blog, anda semua boleh berkunjung ke:-

http://www.createforum.com/mohdownload

- Anda boleh menjadi ahli dan akan diberi ranking mengikut kekerapan anda post ke forum tersebut. Semakin banyak anda post, share dan sebagainya, semakin naik ranking anda. Sampai satu masa anda akan dinaik taraf sebagai ahli admin kami yang baru dan akan diberi
special ranking dari kami.


- Akhir kata, kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog kami....


Regards,
Admin Starhunter

Friday, July 11, 2008

Article

Jom Belajar Buat Flash Sendiri



Korang mesti teringin untuk pandai macam orang lain kan..hehehe.. Aku pon same. So, ape yang aku dapat aku share ada korang semua. Aku pon dapat daripada orang lain. jadi sebar2kanla ilmu yang ade nie..hehehe...Okey!!!

:: Download ::

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Windows Leo XP SP3



Windows Leo XP..Sape2 yang nak buat koleksi tuk xp, boleh la donlod windows nie.. Aku dah try dah, memang cantikla. Interface die cam mac os cikit. Icon die memang cun..hehehe...

System Requirement:
- Pentium 4
- 256 mb of RAM
- Any computer graphics are suitable

:: Download Part 1 ::
:: Download Part 2 ::
:: Download Part 3 ::
:: Download Part 4 ::
:: Download Part 5 ::
:: Download Part 6 ::
:: Download Part 7 ::

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Anti Porn



Gunakan Internet dengan bijak ok...hehehe.... Boleh blok website yang ta sepatutnye kite view. memang bagus tuk kawal budak2 kecik.. Orang dewasa kalau tengok tu aku tak taula... Sendiri mau ingatla...Jaga moral kite...

:: Download ::

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Movie Kite

Wanted 2008



Haaa.....Citer Nie memang sedap dilayan..Hehehehe... gambar cantik..Memang tak sakit hati la kalau tengok..hehehehe...

:: Download ::

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Smallville Season 7




Smallville Episode 1 :: Download ::

Smallville Episode 2 :: Download ::

Smallville Episode 3 :: Download ::

Smallville Episode 4 :: Download ::

Smallville Episode 5 :: Download ::

Smallville Episode 6 :: Download ::

Smallville Episode 7 :: Download ::

Smallville Episode 8 :: Download ::

Smallville Episode 9 :: Download ::

Smallville Episode 10 :: Download ::

Smallville Episode 11 :: Download ::

Smallville Episode 12 :: Download ::

Smallville Episode 13 :: Download ::

Smallville Episode 14 :: Download ::

Smallville Episode 15 :: Download ::

Smallville Episode 16 :: Download ::

Smallville Episode 17 :: Download ::

Smallville Episode 18 :: Download ::

Smallville Episode 19 :: Download ::

Smallville Episode 20 :: Download ::

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

L Change The World



Huhuhu...bagi aku citer nie best gak.. Bagi sape2 yang minat Death Note tu aaaaaaa......ape lagi...donlod la..

:: Download ::

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saturday, July 5, 2008

Kelebihan Bulan Rejab 2

Lagi Kelebihan Bulan Rejab

Perbincangan sekitar kesohihan hadis "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku"
Setiap kali datangnya bulan rejab, kita sentiasa di hidangkan oleh sebahagian ustaz-ustaz dalam ceramah dan kuliah mereka tentang kelebihan bulan ini. Begitu juga dengan dada-dada akhbar. Tetapi mungkin kita juga pernah terdengar suara–suara yang mempertikaikan kesahihan fadhilat bulan ini.
Di antara hadis yang sering di utarakan tentang kelebihan bulan rejab ini ialah hadis daripada Abi Said al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku". Hadis ini banyak dicatatkan dalam kitab-kitab jawi melayu. Tetapi apakah pandangan ulamak-ulamak hadis tentang kesahihan hadis ini?
Di sini saya akan menaqalkan kedudukan hadis ini pada pandangan muhaddisin (ulamak-ulamak hadis) tentang hadis ini. Pandangan para muhaddisin ini saya naqalkan daripada risalah “Izharul Ajbi Fi Bayaani Bida' Syahri Rajabi”, karangan Syeikh Aqil bin Muhammad. Antara mereka ialah :
1. Al-Iman Ibnu Jauzi. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Al-Maudhuuat" (hadis-hadis palsu).
Beliau telah memasukkan hadis ini dalam kitab beliau tersebut dan menyebut : Hadis ini adalah pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. jilid 2, m/s 206
2. Imam Al-Suyuti. Beliau telah mengarang kitab "Al-Laali' al -Masnu'ah Fil Ahadis al-Maudu'ah" iaitu satu kitab yang mengumpulkan hadis-hadis palsu.
Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab tersebut. Jilid 2 , m/s 114.
3. Al-Hafiz Ibnu Hajar. Beliau telah mengarang satu kitab yang berjudul "Tabyiinul Ajbi Bima Warada Fi Fadhli Rajabi"- (bererti menyatakan kehairanan dengan apa-apa (hadis) yang menyebut tentang fadhilat bulan rejab).
Beliau memasukkan hadis ini dalam bukunya tersebut dan menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.
4. Al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah. Beliau juga telah menyatakan dalam kitabnya "al-Manarul Munif" bahawa hadis ini adalah palsu.
m/s 95
5. Ibnu Iraq al-Kinani, pengarang kitab "Tanzihus Syari'ah", satu kitab yang juga menghimpunkan hadis-hadis palsu.
Beliau memasukkan hadis ini ke dalam kitab beliau, jilid 2, m/s 92. Imam as-Soghani juga menyatakan hadis ini adalah palsu.
Ini adalah antara yang disebut oleh Syeikh Aqil dalam risalah tersebut.
Antara ulamak yang menganggap hadis ini palsu ialah Imam Al-Syaukani dalam kitabnya "Al-Fawaidul Majmu'ah". Kitab ini juga adalah kitab himpunan hadis-hadis palsu. Muhammad bin Basyir al-Azhari juga menyatakan dalam muqaddimah kitabnya “Tahzirul Muslimin” tentang kepalsuan kelebihan bulan rejab ini. Kitabnya juga adalah himpunan hadis-hadis palsu. Daripada pernyataan para ulamak hadis tadi, jelaslah kepada kita bahawa palsunya hadis tentang kelebihan bulan rejab.
Berkata Al-Hafiz al-Iraqiy : "Dan tidak ada satu pun hadis yang sahih mengenai fadilat bulan rejab".
Tetapi perlu diingatkan supaya janganlah kita sekali-kali berhenti beribadat dalam bulan rejab dengan sebab risalah ini, kerana itu adalah reaksi yang tidak bijak dan merugikan, sebaliknya yang perlu dihentikan hanyalah anggapan kita terhadap kelebihan bulan tersebut. Dan yang paling penting ialah janganlah kita sama-sama membuat atau menyebarkan pembohongan terhadap Rasululllah s.a.w.
Akhir sekali, saya sudahkan risalah ini dengan kata-kata Imam Nawawi: "Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –". Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.
Petikan dari: Tuan Mohd Safuan Bin Tuan Ismail, Sarjana Muda Universiti Mu'tah, Korak, Jordan.

Artikel Menarik

Kelebihan Bulan Rejab

1 Kelebihan bulan Rejab atas segala bulan

As - Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. berabda :

Ertinya: Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan kelebihan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.

Hadith ini adalah Maudhu'

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah , kecuali Hibatullah As- Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya

Kata As-Sam'ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh - syeikh yang tidak pernah dilihatnya

Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 517

2 Kelebihan berpuasa di bulan Rejab

Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib , dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan . Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan , dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan .

Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah Kata Yahya bin Ma'in : Al - Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.

Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk

Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang yang matruk

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 524